top of page

Mayat remaja lelaki ditemui

nabalunews

19 Februari 2025


SANDAKAN: Seorang remaja lelaki yang hilang ketika mencari udang ditemui meninggal dunia di pesisir pantai Tanjung Pisau, di sini, hari ini.


Mangsa Muhammad Nor Aiman Arif, 14, ditemui terdampar di pesisir pantai oleh orang awam kira-kira jam 6.30 pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari keempat.

Katanya, pihaknya menerima maklumat mangsa telah ditemui di pesisir pantai berkenaan kira-kira 20 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.


"Pasukan bomba tiba di lokasi dan bertindak mengangkat mayat mangsa untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.


“Susulan penemuan mayat mangsa, operasi ditamatkan selepas memastikan keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.


Terdahulu dalam kejadian Isnin lalu, mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang ketika mencari udang di kawasan perairan Tanjung Semawang, di sini.


Kehilangannya hanya disedari selepas tidak pulang ke rumah selain hanya bot dan topi mangsa ditemui hanyut di lokasi kejadian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page