top of page
nabalunews

MCMC pertimbang guna teknologi satelit baharu tingkatkan liputan internet luar bandar

4 November 2024


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang merancang untuk menggunakan teknologi satelit terkini, ‘direct to device’ atau terus ke peranti, bagi memperluas capaian internet di kawasan luar bandar dan pedalaman.


Langkah ini dijangka dapat mengatasi masalah liputan internet yang terhad di kawasan tersebut.


Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, menjelaskan bahawa teknologi satelit ‘Low Earth Orbit’ (LEO) ini sedang dipertimbangkan oleh MCMC.


“Kita sedang mempertimbangkan teknologi baharu seperti satelit ‘direct to device’ ini dalam pertimbangan MCMC,” katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien, di Dewan Rakyat.


Jelas beliau, sebanyak 2,700 lokasi di seluruh negara telah dikenal pasti dalam inisiatif Jendela Fasa 2 untuk meningkatkan liputan internet.


“Kami sedang dalam proses mengenal pasti teknologi yang paling sesuai bagi setiap lokasi, supaya semasa pelaksanaan Jendela Fasa 2, kita dapat menggunakan teknologi terkini,” ujar Teo.

Comments


bottom of page