top of page
nabalunews

Memahami permintaan untuk memberikan kerusi melebihi satu pertiga kepada Sabah dan Sarawak dalam representasi di Dewan Rakyat

6 September 2024


Baru-baru ini dilaporkan terdapat pandangan bahawa dengan memperuntukkan lebih satu pertiga atau 35% daripada kerusi Dewan Rakyat kepada Sabah dan Sarawak akan menggangu gugat sistem pilihan raya yang besar kerana jumlah penduduk bagi kedua-dua wilayah tersebut tidak memberikan justifikasi terhadapan permintaan tersebut. Dalam lebih memahami oerkara ini perlu titelankam bahawa walaupun jumlah penduduk sesuatu kawasan pilihan raya menjadi pertimbangan tetapi ia bukanlah satu-satunya kriteria yang diambil. Sebagai contoh, bagi kawasan parlimen di wilayah persekutuan, kawasan Parlimen Seputeh mempunyai 124,805 pengundi berbanding Putrajaya hanya 42,881 pengundi. Bilangan pengundi tertinggi dalam satu kawasan parlimen di Malaysia ialah Bangi dengan 303,430 pengundi dan terendah di Lenggong dengan 36,950 pengundi (daftar pemilih Suruhanjaya pilihan raya setakat Ogos 2022). Terdapat pertimbangan lain apabila mahu mewujudkan kawasan parlimen baharu seperti saiznya, mengambil kira kesukaran yang besar untuk mencapai pemgundi di daerah tersebut dan cabaran yang dihadapi oleh kawasan luar bandar.


Bagaimanapun, gesaan Sarawak dan Sabah untuk diperuntukkan lebih satu pertiga daripada kerusi Dewan Rakyat adalah lebih berkaitan dengan fakta sejarah bagaimana Malaysia dotibuhkan dan bukannya justifikasi biasa seperti pertambahan penduduknya di suatu kawasan tertentu.


Dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan, Borneo Utara dan Sarawak 1962 atau lebih dikenali sebagai aSutuhanjaya Cobbold, adalah saranan wakil dari Persekutuan Tanah Melayu dan Suruhanjaya bahawa dalam menetapkan kuota untuk perwakilan di parlimen persekutuan pada masa itu bahawa, suruhanjaya pilihan raya harus mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk setempat tetapi juga berdasarkan kepada saiz kawasan, jarak mereka dari pusat dan potensi yangvterdapat pada kawasan tersebut. Terdapat kebimbangan yang datang dari Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak pada waktu itu terhadap kemungkinan selepas persekutuan Malaysia ditubuhkan, perlembagaan persekutuan mungkin dipinda oleh Parlimen Persekutuan di Kuala Lumpur yang mungkin tidak berpihak kepada Borneo Utara dan Sarawak.


Ini adalah kebimbangan yang sama yang diingatkan oleh Premier Sarawak Abang Johari Openg baru-batu ini tentang kemungkinan Perlembagaan Persekutuan akan dipinda yang akan menghapuskan hak istimewa Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63. Kebimbangan tersebut ada asasnya apabila misalnya pada tahun 1994 pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang telah menghapuskan kuasa Tuan Yang Terutama bagi Sabah dan Sarawak untuk melantik Pesuruhjaya Kehakiman. Perkara ini telah dibahaskan dan diakui dalam salah satu persidangan Dewan Rakyat sebelum ini dan perkara ini sedang dirundingkan dalam jawatankuasa teknikal MA63 untuk hak tersebut dikembalikan.


Memang benar bahawa pindaan perlembagaan 1994 disokong oleh Ahli Dewan Rakyat dari Sabah dan Sarawak selepas ia dibentangkan oleh kerajaan Persekutuan; tetapi kita kini berada pada waktu di mana pemimpin kita dan rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai pemahaman dan kesedaran yang lebih besar tentang sejarah, kebimbangan dan harapan dalam mencapai persetujuan yang menghasilkan negara kita ditubuhkan pada tahun 1963.


Terdapat juga pandangan mengatakan bahawa pemberian lebih daripada satu pertiga kerusi atau 35% daripada jumlah perwakilan parlimen adalah kepada 3 wilayah baharu ketika itu, Borneo Utara (16), Sarawak (24) dan Singapura (15); dan bukan ke Sabah dan Sarawak sahaja. Ini dinyatakan dalam Laporan jawatankuasa Antara kerajaan (inter-governmental committe report - Laporan IGC). Bagaimanapun, Laporan IGC juga tidak pernah mempertimbangkan kemungkinan situasi di mana Singapura akan keluar dari Malaysia atau 15 kerusi dari Singapura akan diagihkan ke Tanah Melayu memberikan wilayah tersebut kelebihan sebanyak dua pertiga. Itulah sebabnya penting untuk semua pihak mengetahui sebab pengagihan kerusi dewan rakyat dibuat sejak awal dahulu. Untuk berbuat demikian adalah untuk memahami dan menghargai MA63, Laporan IGC dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.


Perkara ini bukannya mengenai soal ketidakpercayaan. Jika begitu, perkara yang sama boleh dikatakan mengenai kepercayaan harus diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk mempunyai lebih dari satu pertiga perwakilan. Saya yakin dan pasti bahawa kerajaan sedia ada yang diterajui oleh Perdana Menteri memahami dan komited untuk melaksanakan apa yang termaktub di bawah MA63. Ini terbukti apabila beberapa perkara di bawah jawatankuasa teknikal MA63 telah diselesaikan dan rundingan mengenai perkara lain masih diteruskan.


Tetapi sebaliknya, ia adalah mengenai melindungi dan mempertahankan asas di mana negara ini ditubuhkan. Tiada yang menjangka Singapura akan keluar meninggalkan Malaysia pada tahun 1965. Saya juga pasti bahawa tiada siapa yang akan membayangkan apabila Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963; 30 tahun kemudian pada tahun 1994 satu pindaan kepada perlembagaan akan dibentangkan oleh kerajaan persekutuan dan diluluskan di parlimen yang telah menghapuskan kuasa daripada Gabenor Sabah dan Sarawak dalam melantik pesuruhjaya kehakiman.


MA63 melangkaui keperluan teknikal atau pertimbangan untuk memperuntukkan kerusi persekutuan kepada Sabah dan Sarawak berdasarkan kepada populasi sahaja. MA63 adalah sebab mengapa persekutuan ini wujud. Sistem pilihan raya kita berdasarkan kepada “First Past the Post” wujud kerana MA63.


Syor Suruhanjaya Cobbold bahawa beberapa bentuk jaminan perlu disediakan di mana tiada pindaan, pengubahsuaian atau penarikan balik apa-apa kuasa khas perlindungan yang boleh diberikan boleh dibuat oleh kerajaan pusat tanpa persetujuan kerajaan Sabah dan Sarawak seharusnya menjadi kriteria utama yang memimpin kita sebagai sebuah negara swoerti yang diharapkan dan diilhamkan oleh pemimpin kita dahulu.


Nelson W Angang

Setiausaha Agung UPKO

Ahli Dewan Negara

Comentarios


bottom of page