Menteri KePKAS Sabah Tewas Pemilihan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu
- nabalunews
- 5 hours ago
- 1 min read

21 April 2025
KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Seri Christina Liew gagal mempertahankan jawatannya apabila tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Kinabalu.
Christina yang juga Pengerusi Biro Politik PKR Sabah tewas kepada pencabarnya, Lee Li Mei yang mendapat sebanyak 1,381 undi dalam pemilihan yang berlangsung, semalam.
Berbeza bagi pemilihan Cabang PKR Kota Belud apabila Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Datuk Mustapha Sakmud berjaya mengekalkan jawatannya dengan undian sebanyak 1,405.
Begitu juga dengan pemilihan Cabang Sepanggar yang menyaksikan penyandang, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah, Datuk Peto Galim mengekalkan jawatan sebagai ketua cabang.
Turut mengekalkan jawatan ialah Timbalan Ketua Penerangan PKR merangkap Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin.
Manakala Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil menang jawatan Ketua Cabang Kota Marudu selepas menewaskan penyandangnya yang juga Setiausaha MPN Sabah, Sazalye Donol Abdullah.
Comentarios