Menteri Sabah, Sarawak perlu tunjuk sesuatu, jika tidak dicop gagal
3 September 2021
1. Menteri-menteri Persekutuan dari Sabah terutama sekali Menteri Hal-Ehwal Sabah dan Sarawak, Maximus Ongkili dan Timbalan Menteri Dalam Ne Sangeri, Jonathan Yasin mesti menunjukkan sesuatu hasil yang konkrit selesaikan isu PTI dan MA63, kalau tidak mahu dicop menteri tiada guna (useless) atau gagal (failed) untuk Sabah.
2. Kesemua mereka sudah pernah menyatakan akan menyelesaikan masalah menimpa Sabah termasuk kebanjiran pendatang asing serta pemberian berleluasa dokumen Persekutuan Malaysia kepada pendatang ini.
3. Bila Maximus dan Jonathan mahu selesaikan masalah PTI di Sabah ini? Apa hasil kerja mereka? Adakah mereka bawa cadangan penyelesaian kepada Kabinet Persekutuan? Adakah mereka mendesak Persekutuan supaya tidak sengaja melupakan isu-isu yang telah menghantui rakyat Sabah sejak sekian lama?
4. Tahun lepas, Maximus berkata selain menyelesai isu-isu berbangkit Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh enam bulan, dia juga janji akan fokus kepada isu PTI di Sabah.
5. Apa sudah jadi sekarang? Sudah hampir dua tahun berlalu dan kini dilantik semula ke potfolio yang sama, apakah mereka telah buat dan janji akan buat lagi?
6. Apa sudah jadi dengan rekomendasi RCI mengenai isu PTI ini?
7. Timbalan Menteri Dalam Negeri Jonathan mungkin dalam kedudukan lebih sesuai juga mengulas isu-isu berkait PTI seperti kebanjiran mereka di Sabah, sempadan polos, diberi dokumen Malaysia oleh Jabatan menerusi 'sindiket' dalaman, dan senarai pengundi yang dikatakan dicemari pengundi rakyat asing yang mendapat dokumen sindiket?
8. Perdana Menteri sudah mengarahkan semua Menteri membuktikan prestasi kerja dalam 100 hari pertama, jadi bolehlah kita berharap Maximus dan Jonathan, serta juga Menteri lain dari Sabah, dapat menunjuk pencapaian mereka termasuk membersihkan senarai pengundi Sabah daripada pengundi Projek IC.
Laporan Siasatan Diraja mengenai PTI dan Project IC Sabah ada memberi petunjuk mengenai penyelesaian yang jelas.
10. Ini juga sangat penting memandangkan pilihanraya umum ke-15 bakal diadakan dalam tempoh mungkin 12 bulan.
Daniel John Jambun Presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation Kanul Gindol Pengerusi Gindol Initiative for Civil Society Borneo
Comments