top of page
nabalunews

MENUNTUT SEMULA MALAYSIA YANG INKLUSIF, PROGRESIF DAN HARMONI BERSAMA WISDOM


3 FEB 2021


Hari ini bersamaan 3 Februari, menandakan ulang tahun ke-59 mesyuarat terakhir Jawatankuasa Perundingan Solidariti Malaysia (MSCC).


Mesyuarat diadakan sebanyak empat kali bermula September 1961 hingga Februari 1962 di empat ibu kota negara yang membentuk Malaysia,:


Mesyuarat pertama - 21 Sep 1961, Jesselton (Kota Kinabalu)

Mesyuarat ke-2 - 18-20 Dis 1961, Kuching

Mesyuarat ke-3 - 6-8 Jan 1962, Kuala Lumpur

Mesyuarat ke-4 - 1-3 Feb 1962, Singapura


Mesyuarat MSCC ini berlangsung di hadapan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), yang terdiri daripada perwakilan empat negara yang terlibat dan wakil dari kesatuan negara United Kingdom (UK).


Hasil dapatan mesyuarat MSCC kepada IGC diumumkan pada 1 Ogos 1962 dan laporan lengkap berjaya disiapkan pada 27 Februari 1963. Laporan IGC ini kemudiannya menjadi asas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang ditandatangani pada 8 Julai 1963.


Rakyat Malaysia termasuk yang berasal dari Borneo, tidak banyak mendengar tentang MSCC dan IGC. Rakyat tidak diceritakan bagaimana sukarnya mencapai kata sepakat pada ketika itu, dan ini menyebabkan kurang kesedaran terhadap siri rundingan antara negara, intra-Malaysia.


Yang tersemat dalam ingatan dan pemikiran rakyat adalah perundingan untuk Kemerdekaan perwakilan Tanah Melayu pada awal 1956 antara Tunku Abdul Rahman dan British.


Usaha pengaburan fakta ini menyebabkan Sabah dan Sarawak yang merupakan dua Wilayah bersama Pesekutuan Tanah Melayu yang membentuk Malaysia telah diturunkan darjat menjadi antara dua daripada 13 negeri di negara ini.


Sabah dan Sarawak bukan lagi sama tarafnya dengan Persekutuan Tanah Melayu tetapi direndahkan sehingga hanya setaraf dengan 11 negeri di dalam Pesekutuan Tanah Melayu.


Kekayaan di Sabah dan Sarawak dirampas oleh golongan kleptokrasi yang pakar dalam menggunakan sentimen agama dan kaum untuk tujuan pecah dan perintah.


Malahan terdapat segelintir pihak dalam kalangan imperialis ini secara terang-terangan tanpa merasa malu untuk mengatakan bahawa Malaysia adalah "Tanah Melayu" sekali gus menggambarkan Sabah dan Sarawak adalah di bawah jajahan Tanah Melayu.


Walau bagaimanapun, pemisahan bukanlah satu-satunya jalan untuk memberi pengajaran kepada pemikiran imperialis Malaya seumpama ini. Satu-satunya cara adalah mendapatkan semula matlamat penubuhan asal Malaysia sebagai sebuah persekutuan yang sekular, terdesentralisasi, terbuka dan sederhana. Kita mesti berusaha untuk mewujudkan Malaysia yang inklusif, progresif dan harmoni yang dijanjikan oleh pemimpin kepada nenek moyang dan ibu bapa kita pada 16 September 1963 tetapi tidak pernah dilaksanakan sehingga kini.


Untuk tujuan ini, sempena ulang tahun ke-59 tamatnya rundingan MSCC, kami dengan rendah hati melancarkan Yayasan WISDOM (Workable Initiatives for Secularism, Decentralisation, Openness and Moderation) yang bermaksud Usahadaya yang Boleh Berhasil untuk Sekularisme, Desentralisasi, Keterbukaan dan Keserdehanaan.


DATUK SERI PANGLIMA WILFRED MADIUS TANGAU

PENGERUSI EKSEKUTIF YAYASAN WISDOM,

SEMPENA PELANCARAN YAYASAN WISDOM.

Comments


bottom of page