top of page

Mesyuarat AJK PIBG SK Kaung: Pembentangan Takwim PIBG

nabalunews


28 Mac 2025


KOTA BELUD: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Kaung telah berlangsung dengan jayanya pada 27 Mac 2025, bertempat di Kelas Tahun 1.


Mesyuarat ini dihadiri oleh 13 orang AJK PIBG yang baru dilantik, untuk membincangkan perancangan dan takwim aktiviti PIBG sepanjang tahun 2025.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Donius Yangkat, diikuti dengan taklimat oleh Setiausaha PIBG, Muhana bt Undan.



Beliau membentangkan takwim PIBG bagi sesi 2025 serta menyampaikan maklumat penting berkaitan perkembangan terkini daripada pegawai meja PIBG/PIBKS PPD Kota Belud. Antara program dalam Takwim PIBG termasuklah Kaamatan Raya pada 28 Mei, Hari Keluarga PIBG pada 3 Disember, dan sambutan Hari Guru PIBG pada 16 Mei.


Selain itu, AJK PIBG juga membincangkan pembentukan beberapa biro dalam KSIB, termasuk Biro Pembangunan dan Keselamatan, Biro Makanan, Biro Lawatan, Biro Kebersihan dan Keceriaan, serta Biro Pendidikan dan Disiplin Murid. Pembentukan biro-biro ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi peranan KSIB dalam menyokong pembangunan sekolah serta meningkatkan kualiti kehidupan pelajar dan komuniti sekolah.


Antara aktiviti besar yang dirancang pada bulan April termasuk Merentas Desa, Catur, dan Bola Tampar, yang akan diadakan di luar kawasan.


Selain itu, Kejohanan Olahraga Tahunan dijadualkan berlangsung di Padang Kampung Lobong-Lobong pada 24 hingga 25 April 2025, dan akan menjadi tumpuan utama dalam mesyuarat tersebut.


Sukan Zon Selatan juga akan diadakan selama dua hari berturut-turut, melibatkan penyertaan sekolah-sekolah lain di kawasan tersebut.


Perbincangan berterusan tentang peranan setiap AJK dalam memastikan kelancaran aktiviti telah diselaraskan, dengan setiap biro diberikan tanggungjawab yang jelas.


Mesyuarat ini diakhiri dengan komitmen penuh daripada semua AJK PIBG untuk melaksanakan tugas dengan dedikasi dan memastikan kejayaan setiap program yang dirancang.


Sekolah Kebangsaan Kaung berharap melalui pertemuan ini, kerjasama antara ibu bapa, guru, dan komuniti dapat terus diperkukuhkan demi kemajuan pendidikan anak-anak di sekolah ini.

Bình luận


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page