top of page
nabalunews

MetMalaysia: Amaran ribut petir dan hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

21 Disember 2024


KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Perak, Selangor dan Sabah dijangka mengalami cuaca buruk dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga tengah hari ini.


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan terbaru memaklumkan bahawa amaran cuaca tersebut melibatkan kawasan tertentu di ketiga-tiga negeri.


“Di Perak, kawasan terlibat ialah Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala di Selangor melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.


“Di Sabah pula, kawasan yang dijangka terkesan adalah Pedalaman, khususnya Nabawan,” menurut kenyataan itu.

Comments


bottom of page