top of page
nabalunews

MetMalaysia keluarkan nasihat ribut tropika Trami dikesan berlaku 1,286 kilometer ke barat laut Kudat




26 Oktober 2024

 

KUALA LUMPUR: Angin kencang dan laut bergelora dijangka melanda beberapa kawasan di Malaysia ekoran ribut tropika Trami yang dikesan di perairan berhampiran Sabah dan Vietnam, menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

 

MetMalaysia menjelaskan bahawa ribut tersebut berada sekitar 1,286 kilometer (km) ke barat laut Kudat, Sabah, dan boleh menyebabkan cuaca lebih lembap di utara dan pantai timur Semenanjung serta barat Sabah.

 

Selain itu, angin kencang dan laut bergelora dijangka di kawasan perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu.

 

"Ribut tropika itu berlaku kira-kira 325km ke timur laut Da Nang, Vietnam," menurut kenyataan tersebut.

 

Berdasarkan pencerapan pada 5 petang, ribut itu dilaporkan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20km sejam (km/j) dan berpotensi mencapai kelajuan angin maksimum 111 km/j.

留言


bottom of page