top of page

MOSCOW BANDAR RAYA KEEMPAT TERBAIK DUNIA UNTUK TINGGAL, BERNIAGA

nabalunews

26 OKTOBER 2020


MOSCOW: Moscow menduduki tempat keempat dalam senarai 100 Bandar Terbaik Dunia, menurut laman web Datuk Bandar dan Kerajaan Moscow, lapor agensi berita Rusia (TASS).

Pemilihan Moscow itu berdasarkan daya tarikan pelancongan, penginapan dan perniagaan "Moscow meningkatkan prestasinya dalam kedudukan 100 Bandar Terbaik Dunia yang berprestij, naik satu kedudukan lagi dan berada di tempat keempat," kata kenyataan itu.

London, New York dan Paris mendahului ibu kota Rusia dalam senarai itu.

Moscow daripada segi sejarah merupakan pusat kebudayaan dan peradaban antarabangsa, kata Timbalan Datuk Bandar Moscow Natalia Sergunina.

"Terima kasih untuk program pembangunan komprehensif yang dilancarkan dalam beberapa tahun yang lalu, kami dapat mengukuhkan kedudukan di semua bidang utama, termasuk ekonomi, inovasi, ekosistem digital dan perniagaan.


"Satu standard baharu untuk kualiti persekitaran bandar telah ditetapkan. Ia mengandaikan setiap daerah di Moscow mesti memiliki ruang dan infrastruktur awam moden," tambahnya. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page