top of page
nabalunews

MOTAC batalkan lesen Layang-Layang Island Resort berkuat kuasa 6 Januari



9 Januari 2025


PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengambil langkah tegas dengan membatalkan lesen syarikat Layang-Layang Island Resort Sdn Bhd, berkuat kuasa 6 Januari, susulan pelanggaran peruntukan undang-undang yang serius.


Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Roslan Abdul Rahman, dalam kenyataannya menjelaskan bahawa pembatalan lesen bernombor 2992 itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].


“MOTAC memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusaha pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” katanya.


Keputusan ini diambil selepas beberapa portal media melaporkan dakwaan terhadap resort berkenaan, yang didapati gagal memulangkan deposit kepada lebih 100 pelanggan, termasuk pelancong asing, sejak 2020. Tempahan pakej menyelam skuba oleh pelanggan-pelanggan itu memerlukan deposit sebanyak 50 peratus.

Tags:

Comments


bottom of page