top of page

Motif gambir, lada hitam hiasi tengkolok Yang di-Pertuan Agong Ke-17

nabalunews

20 Julai 2024


KUALA LUMPUR: Motif gambir dan lada hitam yang cukup sinonim dengan Johor, buat pertama kalinya diangkat menghiasi tengkolok atau destar Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pertabalan di Balairung Seri, Istana Negara, hari ini.


Kedua-dua motif itu komoditi popular pada era Sultan Abu Bakar dan disifatkan sebagai memberi tuah dan kekayaan kepada Johor. Sehingga kini, ia masih digunakan, antaranya pada dokumen kerajaan dan seni bina di bandar-bandar negeri itu, termasuk Istana Johor.


Pada istiadat pertabalan ini, Seri Paduka turut mengenakan bengkung songket berwarna hitam yang turut mengangkat motif sama.


Bagaimanapun tengkolok yang digunakan baginda masih mengekalkan seni lipatan Tengkolok Diraja Dendam Tak Sudah seperti yang digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini.


Tidak sekadar menjadi pelengkap busana kebesaran Raja-Raja Melayu, tengkolok yang dihasilkan daripada kain songket berwarna hitam dan bersulam benang emas itu mempunyai falsafah, lambang dan simbol tersendiri.


Tengkolok Dendam Tak Sudah yang berasal dari Negeri Sembilan, membawa maksud tersirat dan berkait rapat dengan kehidupan serta fitrah manusia.


Di tengah-tengahnya terdapat lambang anak bulan dan bintang pecah 14 yang diperbuat daripada emas putih, simbolik lambang kekuasaan dan kedaulatan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page