top of page

MPS laksanakan 3 fokus utama

nabalunews

7 Februari 2025


SANDAKAN: Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) baharu, Walter Kenson, menggariskan tiga fokus utama khusus dalam meningkatkan tahap kecekapan sistem perkhidmatan.


Walter berkata, fokus itu antaranya melihat bagaimana cara MPS untuk memendekkan tempoh permohonan lesen selain kelulusan pelan pembangunan serta perkhidmatan kaunter setempat MPS.


Katanya, ia penting agar pemohon tidak lagi perlu menunggu lama setiap kali berurusan dengan MPS.


“Fokus kedua ialah memastikan Sandakan mencapai tema bandaraya alam semujadi dengan keindahan dan mampu menarik pelabur menerusi kemudahan asas yang disediakan kepada penduduk dan pelancong luar.


“Koordinasi kerjasama dengan agensi-agensi yang ada di Sandakan juga akan menjadi fokus utama MPS,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Wisma Perbandaran Sandakan sempena hari pertama sebagai presiden MPS bagi menggantikan Henry Idol yang berpindah ke Kota Kinabalu.


Walter berkata, MPS perlu juga memastikan landskap serta kebersihan daerah ini sentiasa dalam perhatian selain kerjasama semua pihak termasuk penduduk bagi memastikan usaha berkenaan tercapai.


Untuk rekod, Walter pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) selama 18 tahun selain dilantik sebagai Pegawai Daerah Keningau selama dua tahun.


Beliau juga pernah bertugas di Kementerian Pertanian Perikanan dan Industri Makanan serta Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat sebagai Timbalan Setiausaha Tetap kementerian berkenaan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page