top of page
  • nabalunews

Murid Tabika Kemas Kg Tibabar Kiulu teruja terima beg sekolah sumbangan YBR

22 Ogos 2024


KIULU: Murid Tabika Kemas Kampung Tibabar Kiulu begitu teruja menerima beg sekolah sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Mereka mengucapkan terima kasih kepada Datuk Philip Benedict Lasimbang selaku Pengerusi YBR atas sumbangan ini yang pastinya memberikan mereka motivasi untuk belajar lebih gigih bagi mencapai kecemerlangan akademik.


Sumbangan beg sekolah ini disampaikan oleh Deanes Yadi Kimin selaku Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Sekolah Menengah Tun Fuad Stephens, Kiulu bersama kakitangan pejabat Bahagian UPKO Kiulu, James Kimin.


Sumbangan beg sekolah ini diterima guru dan ibubapa murid Tabika Kemas Kampung Tibabar Kiulu.

Yorumlar


bottom of page