top of page
nabalunews

Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11


 



17 Disember 2024

 

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman secara rasmi dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah Ke-11, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Disember ini. 

 

Pelantikan itu disempurnakan dengan penyerahan Surat Cara Pelantikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Istana Negara pagi ini, lapor Bernama. 

 

Pada majlis itu, Musa turut dikurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun. 

 

Musa, 73, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama berkhidmat, iaitu dari tahun 2003 hingga 2018. 

 

Tun Juhar, yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah sejak 2011, mencatat sejarah sebagai TYT paling lama memegang jawatan itu setakat ini. 

 

Majlis pelantikan hari ini menyaksikan Musa mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. 

Comments


bottom of page