top of page
  • nabalunews

NADI Mampu Tingkatkan Pendapatan Penduduk Setempat Di Mesapol


16 September 2024


SIPITANG: Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Mesapol di sini mampu meningkatkan taraf hidup penduduk melalui penganjuran pelbagai aktiviti di pusat itu.


NADI Mesapol yang ditubuhkan pada Ogos tahun lalu kini memiliki 475 ahli berdaftar dengan 30 usahawan berjaya dibantu.


Menurut laporan Bernama, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat NADI Mesapol selain bertemu petugas dan usahawan di pusat berkenaan, semalam.


Pengurus NADI Mesapol Zuhair Calvin Ng Mohd Firdaus berkata NADI Mesapol memberi manfaat kepada lebih 1,500 penduduk dari 14 kampung dan menyasarkan 250 pendaftaran ahli baharu pada tahun ini.


"NADI Mesapol membantu ramai penduduk melalui program disediakan di pusat NADI menerusi perkhidmatan pintar terdiri lima teras termasuk keusahawanan dan kemahiran.


"Ramai komuniti berminat untuk menjadi usahawan, buat masa ini terdapat 30 usahawan di bawah NADI Mesapol dan dua daripadanya usahawan terbaik kerana memperoleh pendapatan berlipat ganda iaitu tiga hingga lima kali ganda dengan bantuan NADI Mesapol," katanya.


NADI Mesapol turut mengadakan aktiviti termasuk robotik, saringan kesihatan, e-sukan, eKelas Usahawan dan eKelas Pelajar.

Comments


bottom of page