Nahas pesawat Azerbaijan Airlines ragut 38 nyawa, 29 terselamat
26 Disember 2024
ASTANA: Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas berhampiran Aktau, meragut 38 nyawa daripada 67 orang di dalamnya.
Menteri Pengangkutan Kazakhstan, Marat Karabayev, mengesahkan angka korban tersebut dalam satu taklimat di Aktau, lapor Agensi Berita Negara Azerbaijan (Azertac).
“Terdapat 67 orang di dalam pesawat, terdiri daripada 62 penumpang dan lima anak kapal. Malangnya, 38 orang meninggal dunia dan 29 terselamat,” katanya.
Antara mangsa, 23 daripada 37 warga Azerbaijan terkorban, sementara 14 lagi terselamat. Kesemua tiga penumpang dari Kyrgyzstan terselamat, manakala tujuh daripada 16 warga Rusia maut, dan sembilan terselamat.
Tragisnya, kesemua enam warga Kazakhstan yang menaiki pesawat itu dilaporkan meninggal dunia. Dalam kalangan lima anak kapal, dua maut, dan tiga lagi terselamat.
Insiden itu berlaku pada pagi Rabu ketika pesawat sedang dalam perjalanan menuju Grozny. Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca nahas tersebut.
תגובות