top of page

Naik taraf talian penghantaran elektrik Segaliud-Dam Road di peringkat akhir

nabalunews


23 Mac 2025


KOTA KINABALU: Sabah Electricity dalam peringkat akhir untuk menyiapkan projek menaik taraf talian penghantaran elektrik 132kV Segaliud-Dam Road kepada voltan 275kV yang lebih tinggi.


Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Mohd Yaakob Jaafar berkata, kerja-kerja akhir untuk menaik taraf talian berkenaan sedang dilaksanakan bermula 22 Mac sehingga 29 Mac ini.


Katanya, talian penghantaran 275kV Segaliud-Dam Road yang bakal dimula tugas pada pertengahan bulan April ini akan dapat meningkatkan penghantaran tenaga daripada 200 megawatt (MW) kepada 400MW secara harian ke pantai timur.


“Naik taraf ini akan membolehkan penyaluran lebih banyak kapasiti tenaga yang lebih murah daripada stesen-stesen janakuasa di pantai barat ke pantai timur negeri ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.


Menurutnya, usaha berkenaan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada sumber penjanaan berasaskan diesel dan 'Marine Fuel Oil' (MFO) yang mahal dan memerlukan tanggungan subsidi yang tinggi daripada kerajaan.


“Sabah Electricity menyasarkan kerja-kerja ini akan disiapkan sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri bagi memastikan bekalan stabil bagi menampung beban sepanjang musim perayaan,” katanya.


Menurutnya, untuk maklumat terkini dan pertanyaan mengenai perkhidmatan, pengguna boleh menghubungi Sabah Electricity Careline di 15444 atau Whatsapp 019- 8525427 atau muat naik aplikasi Sabah Electricity.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page