'Nasihat saya kepada peminjam, tolonglah bayar balik' - Ramanan
6 Ogos 2024
KUALA LUMPUR : RM2.6 bilion. Itulah'Nasihat saya kepada peminjam, tolonglah bayar balik' - Ramanan jumlah pembiayaan yang perlu dikutip semula daripada peminjam Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan berkata, jumlah kolektif secara keseluruhan itu bagi tempoh antara 2008 hingga 2024 membabitkan lebih 100,000 peminjam.
"Kita nasihat kepada mereka dan malah membuat panggilan untuk mengutip semula. Jika RM2.6 bilion itu kita dapat balik, lebih ramai lagi Tekun Nasional boleh berikan pinjaman seterusnya untuk membangunkan banyak lagi peniaga dan usahawan.
"Nasihat saya kepada peminjam, tolonglah bayar balik. Ramai antara peminjam yang sudah dapat kelulusan pinjaman, mereka bukan tak mampu bayar semula.
"Mereka bukan tak ada wang. Perniagaan mereka berjaya. Jadi saya minta tolong. Nak saya merayu pun saya merayulah supaya bayar balik. Berilah peluang yang anda sudah dapat itu kepada orang lain pula," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Sembang Santai Vanakam bersama Usahawan India, di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional, Datuk Adam Abd Ghani.
Ramanan berkata, kepada peminjam yang masih mempunyai baki pinjaman kurang 50 peratus boleh membuat pinjaman kedua (pinjaman bertindih atau overlap) dengan syarat bayaran sebelum ini bagus dan mempunyai dokumen lengkap serta memenuhi syarat.
Sementara itu, katanya, seramai 500 orang usahawan Tekun Nasional dalam kalangan komuniti India dari Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan hadir sesi dialog hari ini.
Beliau berkata, program itu sebahagian usaha kerajaan Madani di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperkasakan ekonomi masyarakat India selaras dengan kerangka Ekonomi Madani.
"Sebanyak RM60 juta sudah diperuntukan kepada usahawan masyarakat India tahun in melalui Tekun Nasional. Dijangka lebih 2,000 orang usahawan India akan mendapat manfaat daripada peruntukan yang disediakan ini," katanya.
Commentaires