top of page

NGO Rai Jemaah Masjid

nabalunews

21 Mac 2025


KUNAK: Sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) menyampaikan sumbangan jamuan berbuka kepada jemaah di dua masjid, di daerah ini, hari ini.


Penyampaian sumbangan dilaksanakan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Gerak Kerja Kunak, Saudi Osman kepada jemaah Masjid Kampung Kasnuri dan Masjid Kampung Hampilan Darat.


Saudi berkata, sumbangan berkenaan dihulurkan bagi meraikan jemaah masjid sempena bulan ramadan.



Katanya, bersungkai bersama bukan saja dapat mengeratkan silaturahim dan ukhuwah institusi kekeluargaan malah ia juga menjadikan hubungan yang jauh semakin dekat, yang renggang semakin rapat.


“Kita berharap, sumbangan seperti ini dapat diteruskan agar lebih banyak golongan sasar dapat dibantu dan disantuni dengan lebih baik.


“Lazimnya pada setiap tahun bulan Ramadan memang banyak pihak yang memberi sumbangan dan kami menggalakkan lebih ramai tampil membantu golongan memerlukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.



Saudi berkata, rombongan mereka sangat terharu apabila seorang jemaah wanita gembira sehingga menitiskan air mata kerana merasa bersyukur atas sumbangan berkenaan.


“Sambutan yang menggalakkan memberikan kami semangat untuk meneruskan usaha seperti ini di masa hadapan,”’katanya.


Sementara itu, Saudi berkata, jemaah Masjid Kampung Kasnuri turut menyuarakan harapan mereka untuk mendapatkan bantuan bagi kerja-kerja baikpulih rumah ibadah berkenaanx


Katanya, pihaknya akan cuba menyalurkan masalah berkenaan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page