top of page
nabalunews

OFS Emerging Fraternity St. Edmund Kota Belud terima sumbangan ADUN Kadamaian



14 Januari 2025


KOTA BELUD: Ordo Franciscanus Saecularis (OFS) Emerging Fraternity St. Edmund Kota Belud menerima sumbangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.


Sumbangan ini disampaikan melalui Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, yang mewakili Ewon kepada Hanna Florence Hasjim, Local Minister OFS Emerging Fraternity St. Edmund bagi program pilgrimage.


Hanna menjelaskan bahawa seramai 16 ahli OFS Emerging Fraternity St. Edmund akan menyertai program Pilgrimage ini, yang melibatkan lawatan ke 13 gereja Katolik di Semenanjung Malaysia.


Program ini bertujuan untuk pembentukan spiritual atau Formation Spiritual, terutamanya kepada calon yang bakal mengangkat sumpah sebagai ahli rasmi OFS.


“Ziarah ini bukan sahaja tentang lawatan fizikal ke gereja-gereja, tetapi juga sebagai langkah memperkukuhkan keimanan dan menyatukan komuniti Katolik di Kota Belud,” kata Hanna.


“Kami amat berterima kasih kepada Ewon atas bantuan dan sokongan beliau. Ia adalah satu langkah besar dalam memastikan program seperti ini dapat dijalankan dengan jayanya,” ujarnya.

Comments


bottom of page