top of page
nabalunews

Op Mabuk: 3 pemandu ditahan, 95 diperiksa

7 September 2024


PENAMPANG: Akibat didapati memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi paras yang dibenarkan, tiga pemandu ditahan dalam ‘Op Mabuk’ yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di Jalan Pintas, di sini, awal pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda antara RM10,000 hingga RM30,000.


“Sepanjang Op Mabuk dijalankan, pihak polis turut mengeluarkan 13 keping saman atas pelbagai kesalahan dan enam daripadanya kerana tidak memiliki lesen memandu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


“Seramai 95 individu dan 83 kenderaan telah diperiksa dan operasi kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.


Menurut Sammy, operasi ini juga bertujuan untuk memantau keselamatan pengguna jalan raya supaya sentiasa patuh dengan undang-undang lalu lintas yang ditetapkan.


Operasi yang diketuai oleh Ketua

Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Penampang, Inspektor Rozami Ahmad dengan dibantu oleh 9 anggota polis berakhir jam 3.00 pagi tadi.

Comments


bottom of page