OP MABUK: 50 KENDERAAN DIPERIKSA, TIGA DITAHAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL
9 JAN 2021
PENAMPANG: Sebanyak 50 kenderaan diperiksa dan tiga individu ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di Jalan Kota Kinabalu- Penampang berhadapan SMK Bahang, malam tadi.
Operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang.
Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan di bawah Seksyen 45 A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melibihi had yang ditetapkan.
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama dua tahun dan denda tidak kurang dari RM10,000 dan tidak melebihi RM30,000.
Mohd Haris berkata, dalam operasi itu pihak polis turut mengeluarkan 35 saman atas pelbagai kesalahan antaranya, tiada lesen memandu, mengubahsuai kenderaan dan lesen memandu tamat tempoh.
"Operasi melibatkan kekuatan seramai seorang pegawai kanan polis dan 11 anggota berakhir jam 2 pagi tadi," katanya.
Commentaires