top of page

Op Northern Star: Empat individu bergelar Datuk ditahan, rampas aset RM3.17 billion

  • nabalunews
  • Apr 11
  • 1 min read


11 April 2025


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu termasuk empat bergelar Datuk dan merampas aset bernilai lebih RM3 bilion menerusi Op Northern Star, 20 Mac lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, semua suspek dipercayai berkait rapat dengan skim pelaburan tipu jenis ‘Ponzi Scheme’ dikenali sebagai pelaburan MBI yang berpusat di negara jiran.


Katanya, PDRM menerusi Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) membuat tangkapan dan serbuan pada hasil maklumat “Red Notice” daripada Interpol.


“Setakat ini, seramai lapan suspek tempatan termasuk seorang wanita berusia lingkungan 44 hingga 62 tahun ditahan.


“Menerusi beberapa siri serbuan, pasukan AMLA berjaya melaksanakan pembekuan dan penyitaan aset mengikut Seksyen 44(1) dan Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, antara aset dirampas dan dibekukan termasuk 638 akaun bank dan akaun saham berjumlah RM1.16 bilion dan 35 unit hartanah bernilai RM2 bilion.


Katanya, turut dirampas 10 kenderaan mewah,12 utas jam tangan mewah serta wang tunai pelbagai mata wang asing dan Ringgit Malaysia.


“Turut dirampas barang kemas, telefon bimbit, komputer riba beg tangan mewah dan pelbagai dokumen penting.


“Semua harta dan barang disita dipercayai merupakan hasil perolehan haram berkaitan aktiviti penipuan pelaburan ini,” katanya.


PDRM katanya, akan meneruskan siasatan terhadap mana-mana individu atau entiti yang disyaki terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memperoleh, menerima, menyembunyi, atau melupuskan hasil perolehan haram daripada aktiviti penipuan pelaburan berkenaan.


Sehubungan itu, Razarudin berkata, dalam usaha membanteras jenayah, PDRM menasihatkan masyarakat agar sentiada berwaspada dan menjauhi sebarang aktiviti mencurigakan serta tampil berkerjasama dalam menyalurkan maklumat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page