OP-PENAWAR: PEMASANGAN KAWAT BERDURI JALAN KELUAR MASUK KG.TIMBANG DAYANG

6 JAN 2021
KOTA BELUD: Anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) memasang 14 gulung kawat berduri di tiga laluan utama jalan keluar/ masuk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kg.Timbang Dayang, di sini, kelmarin.
Menurut kenyataan TDM dalam laman sosialnya, kerja-kerja pemasangan kawat berduri itu melibatkan seramai 16 anggota tentera iaitu seorang pegawai dan 15 anggota daripada Rejimen 507 Askar Wataniah (AW) yang diketuai oleh Lt M Mohammad Sapawi Allesar.
Arahan pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan bermula 5 Jan lalu hingga 18 Januari ini, susulan peningkatan kes positif yang mendadak di lokaliti itu.

“ATM sentiasa komited dan sedia untuk membantu Agensi Pengurusan Bencana Negeri Sabah mengawal serta membendung penularan Covid-19 dalam komuniti setempat di kawasan berisiko tinggi.
“Pihak IPD Kota Belud dan Rej 507 AW akan melaksanakan pemantauan berkala ke atas sekatan menggunakan concertina wire yang dipasang sehingga 18 Januari,” kata kenyataan itu, hari ini.

Comments