top of page

OP Selamat IPD Penampang Keluar 483 Saman dan Tahan Tiga Individu

  • nabalunews
  • Apr 8
  • 1 min read


8 April 2025


PENAMPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang mengeluarkan sebanyak 483 saman kepada pesalah lalu lintas sepanjang Op Selamat 24.


Operasi bermula 29 Mac hingga 3 April lalu itu turut melaksanakan sebanyak 39 operasi melibatkan sekatan jalan raya Op Selamat, Op Mabuk, Op Samseng Jalanan dan Op Lancar.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, berdasarkan jumlah saman dikeluarkan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 413.83 peratus berbanding hanya 94 dalam operasi yang sama tahun lalu.



Katanya, salam operasi sama, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Penampang turut menahan tiga individu mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta menyita dua motosikal mengikut Seksyen 64(1) akta yang sama.


“Fokus utama Op Selamat kali ini adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan memastikan keselamatan harta benda orang awam yang pulang ke kampung halaman.


“Sepanjang Op Selamat Hari Raya 2025 sebanyak 23 kes kemalangan melibatkan kerosakan kenderaan saja telah direkodkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Sammy berkata, IPD Penampang juga mengambil inisiatif untuk menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi strategik seperti persimpangan utama, kawasan tumpuan orang ramai serta laluan yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku kemalangan.


“Pihak polis juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, tidak memandu dalam keadaan letih atau di bawah pengaruh alkohol.



“Masyarakat juga dinasihatkan supaya memastikan kediaman ditinggalkan dalam keadaan berkunci dan selamat,” katanya.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page