top of page

Operasi Bersepadu KPDN bersama PGA Batalion 20

nabalunews


22 Mac 2025


BELURAN: Lebih 47 kenderaan perdagangan pelbagai jenis diperiksa dalam Operasi Bersepadu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA).


Operasi selama enam jam bermula jam 9 malam itu dijalankan di Pusat Pemeriksaan Darat (RCP), Sapi Nangoh, Beluran.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDN Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, dalam operasi berkenaan, pihaknya mengesan dua lori yang membawa muatan 2,300 minyak masak paket bersubsidi.



Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan mendapati semua barangan itu mempunyai dokumen lesen yang sah, invois, resit ke atas minyak masak berkenaan.


“Pemeriksaan mendapati, semua dokumen berkaitan penghantaran sama seperti dalam Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (ECOSS),” katanya.


Sementara itu, Azdy berkata, operasi bersepadu berkenaan diadakan bagi memastikan semua kenderaan perdagangan mematuhi peraturan-peraturan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.



"Tumpuan pemeriksaan ke atas kenderaan jenis lori kotak, lori rigid kenderaan perdagangan yang mengangkut barang kawalan berjadual," ujarnya.


Menurutnya, operasi bersepadu itu juga merupakan komitmen KPDN dan pihak PGA dalam memastikan undang-undang sedia ada dipatuhi dari semasa ke semasa.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page