top of page

Operasi SAR Hari Kedua: Kanak-Kanak autism masih hilang

  • nabalunews
  • 4 hours ago
  • 1 min read


21 April 2025


TAMPARULI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang juga penghidap autism diteruskan masuk hari kedua hari ini, dengan kawasan pencarian diperluaskan sehingga 3.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.


Kanak-kanak tersebut, Muhammad Aniq Faiz bin Muhammad Ashraf, dilaporkan hilang semalam kira-kira jam 1.52 petang berhampiran belakang Pejabat Daerah Tamparuli, selepas panggilan kecemasan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran.


Menurut Pegawai Operasi PBK I Azran Jull, operasi SAR diteruskan seawal jam 6.30 pagi tadi bersama pasukan penyelamat daripada agensi lain termasuk unit K9, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).



“Kawasan pencarian dibahagikan kepada dua sektor berdasarkan lokasi akhir mangsa dilaporkan dilihat, dengan keluasan keseluruhan meliputi radius 3.5 kilometer,” katanya.


Pasukan bomba turut dibantu oleh sembilan anggota dari BBP Kota Kinabalu, BBP Lintas dan BBP Putatan, termasuk dua anggota unit K9 dalam usaha mengesan mangsa.


Jumlah kekuatan operasi hari ini melibatkan 16 anggota dengan penggunaan jentera FRT, dua unit EMRS, dan satu kenderaan Navara.



Setakat petang ini, mangsa masih belum ditemui dan operasi akan diteruskan sehingga ada perkembangan baharu.


Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kehilangan ini diminta menghubungi Ketua Balai BBP Tuaran, TPgB II Mohamad Nor Amit di talian 016-8207585.

Commentaires


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page