top of page

Operasi SAR hari kedua Sungai Kadamaian dijalankan

nabalunews

10 Februari 2025


KOTA BELUD: Operasi hari kedua pencarian remaja perempuan yang dikhuatiri lemas selepas hilang Sungai Kadamaian, sejak petang semalam, dimulakan pagi tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Syazwan Latun, operasi pencarian dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).


Katanya, pencarian turut dilaksanakan dengan menggunakan khidmat pasukan Unit Anjing Pengesan (K9).

“Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Ahad, mangsa Khairunisa Kembarudin, 16, dikatakan bersama keluarga mandi di sungai berkenaan sebelum tiba-tiba dihanyutkan arus deras.


Pasukan bomba yang hadir membantu di lokasi kejadian terus menjalankan operasi SAR secara ‘surface searching’ menggunakan bot penyelamat.


Bagaimanapun, usaha pencarian yang turut dibantu polis dan penduduk kampung masih gagal menemui mangsa dan operasi SAR ditangguhkan pada jam 10 malam tadi.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page