top of page

Operasi SAR hari ketiga: Lelaki hilang ketika memancing masih belum ditemui

nabalunews

20 Februari 2025


SEMPORNA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi seorang lelaki yang dikhuatiri hilang di laut sejak 16 Februari lalu memasuki hari ketiga hari ini, namun mangsa masih belum ditemui.


Mangsa, Badrul Rizam Bin Hajis, 33 tahun, dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan tepi laut Kampung Bukit Lalang.


Keluarganya menemui kenderaan dan jorannya di lokasi, tetapi tiada tanda kelibatnya.


Menurut Komander Operasi, PBK II Mohd Shukri Hamsah, operasi hari ini bermula jam 7:20 pagi dengan pencarian menggunakan bot penyelamat dan Jet Ski milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), merangkumi radius dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.


Pasukan penyelamat melibatkan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, empat anggota BBP Atas Air, serta bantuan daripada TLDM (10 anggota), Polis Diraja Malaysia (PDRM) (lima anggota), Angkatan Pertahanan Awam (APM) (sembilan anggota), dan Pegawai Veterinar (21 anggota).


Operasi ditangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung esok.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page