top of page
nabalunews

Operational Sea Training Exercise East (OSTEX EAST) 2/2024 platform uji kesiagaan Armada Timur




19 November 2024


KOTA KINABALU : Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Pemerintahan Armada Timur telah melaksanakan eksesais OSTEX EAST 2/2024 bermula 11 November sehingga 18 November lalu yang menjadi platform utama bagi menguji kecekapan warga TLDM dan kesiagaan aset-aset di Armada Timur.


Siri eksesais kali ini dilaksanakan dengan misi menyediakan armada yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi ancaman maritim selain mempertingkatkan kemahiran warga TLDM dalam aspek navigasi, ilmu kelautan dan peperangan.


Dalam satu kenyataan hari ini, TLDM berkata umpama serampang dua

mata, OSTEX EAST 2/2024.turut memperagakan kehadiran aset-aset TLDM di Zon Maritim Malaysia di samping mewujudkan, mengurus serta mengaplikasikan komunikasi taktikal dalam melaksanakan operasi

maritim.


OSTEX EAST 2/2024 telah dirasmikan di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 13 November lalu.oleh Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy.


Fasa Laut yang menjadi medan latihan sebenar bagi menguji kesiap siagaan

warga TLDM telah berlangsung pada 14 November sehingga 17 November lalu yang melibatkan 8 buah kapal TLDM iaitu KD KELANTAN, KD KEDAH, KD SELANGOR, KD KERIS, KD SUNDANG, KD BADIK, KD SERANG dan KD TODAK

serta sebuah kapal selam iaitu KD TUN RAZAK.


Kapal-kapal ini telah belayar merentasi perairan Laut China Selatan menuju ke perairan Gugusan Semarang Peninjau (GSP).


Antara siri latihan utama yang

telah dilaksanakan merangkumi siri manuvra taktis, penembakan Naval Gunfire Support (NGFS), penembakan sasaran permukaan statik, Air Defence Exercise (ADEX), Anti Submarine Warfare Exercise (ASWX), Over the Horizon Targetting (OTHT), latihan menggeledah dan mendarat, evolusi ilmu kelautan dan pendaratan helikopter di kapal.


Fasa Laut turut melibatkan aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu pesawat HAWK, pesawat EC 725 dan pesawat CN 235 di mana kerjasama ini dapat meningkatkan tahap kesiagaan bersama antara kedua-dua perkhidmatan dalam menangani konflik maritim secara operasi bersama.

Comments


bottom of page