Ops Khas HRA 2025: JPJ keluar 61,317 notis kesalahan
- nabalunews
- Apr 9
- 1 min read

9 April 2025
SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia mengeluarkan 61,317 notis atas pelbagai kesalahan ke atas kenderaan dan pemandu sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) di seluruh negara.
Dalam kenyataan JPJ memaklumkan, semua notis itu dikeluarkan sepanjang 14 hari operasi yang berakhir 7 April lalu kerana kegagalan mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Akta 333, Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Daripada jumlah tersebut, 511 kenderaan disita. Notis dikeluarkan hasil daripada pemeriksaan ke atas 287,802 kenderaan di 353 kawasan 'hotspot' di seluruh negara,” katanya.
Selain itu, katanya, JPJ menerima 6,687 aduan melalui Aplikasi MyJPJ berkaitan kesalahan lalu lintas sepanjang operasi tersebut.
"Statistik menunjukkan tiga kesalahan utama yang tertinggi adalah memotong barisan (1,766), memandu di lorong kecemasan (1,625) dan gagal mematuhi lampu isyarat merah (843),” katanya.
Manakala, katanya, bagi penguatkuasaan Larangan Pemanduan Ke Atas Kenderaan Barangan (Road-Ban), tindakan diambil ke atas 163 kenderaan barangan serta 124 kenderaan disita.
Comments