top of page

Ops Patuh TTAR: Empat Syarikat ‘Seawalking’ Langgar SOP

  • nabalunews
  • 9 hours ago
  • 1 min read


7 April 2025


KOTA KINABALU: Empat syarikat ‘seawalking’ yang beroperasi di Pulau Mamutik dan Pulau Manukan dikesan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024.


Taman-Taman Sabah (TTS) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semua syarikat terlibat diberi tindakan peringatan mesra termasuk 10 individu yang melaksanakan aktiviti rekreasi berkenaan.


Katanya, TTS turut mengarahkan syarikat dan individu terbabit untuk menghentikan operasi ‘seawalking’ serta merta sehingga syarat-syarat keperluan SOP dipatuhi sepenuhnya.


“Tindakan peringatan ini telah diberikan dalam satu operasi penguatkuasaan yang dikenali sebagai Operasi Patuh TTAR (Ops Patuh TTAR).


“Operasi ini bertujuan untuk memastikan semua pengusaha aktiviti sukan laut mematuhi SOP Aktiviti Rekreasi Taman-Taman Marin 2024,” katanya.


Sehubungan itu, katanya, pengusaha pelancongan khususnya yang beroperasi di Taman-Taman Sabah harus sentiasa peka kerana operasi yang seumpamanya akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.


“Taman-Taman Sabah menegaskan agar lain-lain pengusaha pelancongan sentiasa mematuhi SOP Aktiviti Rekreasi Taman Marin 2024 demi keselamatan dan keharmonian industri pelancongan domestik,” katanya.


Terdahulu, operasi yang diketuai Timbalan Pengarah, Bahagian Operasi, Penswastaan dan Pembangunan, Maipol Spait dilaksanakan dengan kerjasama Pengurus Taman TTAR serta lima anggota penguatkuasa TTS.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page