top of page
nabalunews

Ops Samseng Jalanan (Motosikal)



Antara motosikal yang ditahan untuk siasatan lanjut

12 Januari 2024


Oleh : Wartawan Nabalu News 


SANDAKAN - Sebanyak 18 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans dan ubahsuai ekzos motosikal dikeluarkan menerusi Op Samseng Jalanan (Motosikal) yang dijalankan seorang pegawai dan 7 anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada jam 4.00 petang Sabtu hingga jam 2.00 pagi Ahad.


Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek, berkata, operasi berkenaan dijalankan di sekitar Jalan Labuk (Batu 8), bandar Indah dan bandar Prima (Batu 4) Sandakan.


Ia juga dikenalpasti sebagai kawasan tumpuan yang sering menjadi ‘litar’ bagi anak muda Sandakan. 


Dalam operasi yang sama, sebanyak 24 buah motosikal telah di tahan dibawah Seksyen 60 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk pemeriksaan lanjut identiti dan fizikal motosikal yang telah diubahsuai.


Tambahnya, dalam operasi ini juga M-COPS juga digunakan untuk pemeriksaan Sistem PDRM bagi saman) dan Sistem JPJ bagi memeriksa lesen memandu dan cukai jalan pemilik kenderaan serta semakan waran tangkap. 


"Usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi mencegah dan membanteras perlanggaran kesalahan-kesalahan lalulintas dan memastikan pengguna jalan raya sentiasa dalam keadaan selamat." Jelasnya.


Sementara itu, masyarakat terutama golongan muda digesa untuk mendapatkan lesen menunggang yang sah, menunggang motorsikal secara berhemah dan mematuhi setiap peraturan lalulintas. 


"Jangan membahayakan diri sendiri dan orang lain, sayangi lah diri anda dan bersama berusaha menjadikan jalanraya agar selamat digunakan." Tambahnya.

Tags:

Comentários


bottom of page