top of page
Wartawan Nabalu News

Orang ramai harus peka, bertanggungjawab semasa menyambut Hari Kaamatan dan Hari Raya


1 May 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Masid Manjun mengingatkan orang ramai yang menyambut perayaan Kaamatan dan Aidilfitri untuk sentiasa peka dan bertangungjawab ketika merayakan perayaan tersebut.


“Perayaan Kaamatan dilancarkan di Keningau hari ini dan kita juga akan menyambut perayaan AidilFitri dalam sehari dua lagi.


“Alangkah baiknya sekiranya sambutan kita kepada kedua perayaan ini tidak sedikit pun menjejaskan momentum kita memenangi perang melawan COVID-19.


“Semua bergantung kepada sikap kita sendiri semasa menyambut kedua perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Sementara itu, Masidi juga merakamkan penghargaan kepada semua pekerja khususnya pekerja barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi virus Covid1-9 sehingga berjaya mencapai hasil yang baik pada hari ini.


“Tahap pematuhan yang tinggi kepada semua standard operasi prosuder (SOP) di kalangan rakyat jelata juga merupakan faktor penting yang menyumbang kejayaan kita membendung penularan virus Covid-19 setakat ini.


“Perang melawan COVID-19 belum selesai. Tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh orang ramai melalui sikap dan gaya hidup kita yang perlu menitikberatkan keselamatan kesihatan diri dan keluarga.

Comments


bottom of page