Oswald Maikul Terus Gah di Larian Ulu Kadamaian Trail Run Vol. 4
- nabalunews
- 8 hours ago
- 2 min read

28 April 2025
KOTA BELUD: Kejohanan Larian Ulu Kadamaian Trail Run Vol. 4 sekali lagi menyaksikan dominasi Oswald Maikul apabila beliau mempertahankan kejuaraan dalam kategori Lelaki Terbuka 21 kilometer dengan catatan masa 2 jam 16 minit 23 saat. Kejayaan ini mengukuhkan reputasinya sebagai pelari utama dalam acara tahunan tersebut.
Adelinah Lintagah pula menonjol dalam kategori Wanita Terbuka bagi jarak yang sama, mencatat masa 3 jam 21 minit 39 saat, sekali gus membawa pulang gelaran juara kategori wanita.
Acara ini telah bermula di perkarangan Tamu Desa Kampung Kiau, Kota Belud, dengan penyertaan seramai 285 peserta dari pelbagai latar belakang.

Untuk kategori 21 kilometer Lelaki Terbuka, tempat kedua dimenangi oleh Jude Maikul yang menamatkan larian dalam masa 2 jam 23 minit 55 saat, manakala tempat ketiga menjadi milik Jemson Daikin dengan masa 2 jam 35 minit 33 saat.
Dalam kategori Lelaki Veteran 21 kilometer, Raichin Sungkit muncul juara dengan masa 2 jam 28 minit 31 saat. Gustin Tiam dan Guianus Salagan masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga dengan masa 2 jam 34 minit 39 saat dan 2 jam 44 minit 46 saat.
Kategori Wanita Terbuka pula menyaksikan Natahsya Soon menduduki tempat kedua dengan catatan masa 3 jam 32 minit 54 saat, diikuti Sinapilin Sarawi di tempat ketiga dengan catatan masa 3 jam 36 minit 29 saat.
Untuk kategori Perempuan Veteran 21 kilometer, Epang Sarawi mengungguli tempat pertama dengan masa 3 jam 27 minit 22 saat, manakala Roslia Binggol dengan catatan masa 3 jam 40 minit 1 saat dan Kona Liaw dengan masanya 3 jam 58 minit 25 saat.
Dalam acara 9 kilometer, Donal Rumidi menjuarai Lelaki Terbuka dengan masa 41 minit 1 saat. Tempat kedua diraih Vitus Daimi dengan masa 41 minit 30 saat dan tempat ketiga oleh Yasbie Ismail (42 minit 41 saat). Untuk Lelaki Veteran 9 kilometer, Kasil Ginsod berjaya merangkul tempat pertama, diikuti Pettry Osman dan Stanislaus Sakunir.
Bagi kategori Perempuan Terbuka 9 kilometer, Elystrina Jimes mengungguli tempat pertama dengan catatan masa 55 minit 48 saat. Evaleyna Benedict dan Evanessa Benedict masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga. Dalam kategori Perempuan Veteran 9 kilometer, Fariza Sumping muncul juara, diikuti Ema Latius dan Bibi Julkipli.
Pengerusi Penganjur, Alexander Saibun, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, media, Polis Diraja Malaysia, paramedik, dan para penaja. Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, atas sokongan berterusan sebagai penyumbang utama.
Beliau berharap kolaborasi erat ini dapat diteruskan pada edisi akan datang bagi memastikan kejohanan terus meriah dan menjadi acara tahunan yang dinantikan ramai.
Comments