top of page

PANGKALAN DATA DIBANGUNKAN PANTAU RAKYAT MALAYSIA DIBERHENTIKAN KERJA DI SINGAPURA

nabalunews

14 DIS 2020


PUTRAJAYA: Satu pangkalan data yang komprehensif mengenai pekerja Malaysia di Singapura akan dibangunkan bagi memantau perkembangan mereka yang diberhentikan kerja di Singapura, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan.

Pangkalan data itu akan dibangunkan oleh Pasukan Petugas yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KSM) Datuk Jamil Rakon, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan statistik yang diterima oleh KSM, dianggarkan 15,346 rakyat Malaysia di Singapura telah diberhentikan kerja sehingga hari ini.

Menurut Saravanan, 802 rakyat Malaysia yang diberhentikan kerja di Singapura telah berdaftar dengan portal MYFutureJobs sehingga 7 Disember lepas dan daripada jumlah itu, 195 orang telah kembali bekerja, katanya.

Beliau berkata KSM menerusi agensinya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menganjurkan Karnival PenjanaKerjaya Johor 2020 khas untuk rakyat Malaysia yang telah diberhentikan kerja di Singapura bermula hari ini sehingga 16 Disember ini secara dalam talian yang dirasmikan oleh Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad pagi tadi.

Sebanyak 30 majikan menyertai karnival itu dengan lebih 1,500 jawatan kosong ditawarkan, katanya.

"Saya menggesa semua rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan di Singapura untuk hadir ke mana-mana pejabat Perkeso bagi mendapatkan bantuan carian pekerjaan melalui MYFutureJobs iaitu portal pekerjaan negara," katanya. - Bernama

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page