top of page

Pantai Tanjung Aru Diletakkan Dalam Keadaan Waspada Ekoran Kehadiran Seekor Buaya

nabalunews


16 Mac 2025


KOTA KINABALU: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menaikkan bendera merah sebagai tanda waspada di Pantai Tanjung Aru selepas laporan kehadiran seekor buaya.


Dalam kenyataan laman facebook APM Kota Kinabalu hari ini berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kehadiran reptilia berkenaan pada jam 8.15 pagi tadi.


Katanya, buaya berkenaan dilihat berada di dalam air berhampiran kawasan pantai yang sering menjadi tempat riadah awam.



“Petugas menara penyelamat pantai mengambil tindakan menaikkan bendera merah untuk memberi nasihat atau hebahan kepada pengunjung.


“Semua orang awam yang berada di pantai Tanjung Aru dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti di air berikutan kes buaya berada di sekitar pantai,” katanya.


Menurutnya, Petugas Menara Penyelamat Pantai akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa.



“Mohon kepada semua pihak untuk membuat hebahan ini agar tidak berlaku kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page