Papar terokai pembangunan bersepadu jana pertumbunan ekonomi
- nabalunews
- 6 hours ago
- 2 min read

29 April 2025
PAPAR: Pelbagai inisiatif pembangunan bersepadu dilaksanakan bagi menjana pertumbunan ekonomi daerah ini.
Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ia termasuklah menerokai potensi daerah itu sebagai distinasi pelancongan.
"Yang terbaru, kewujudan Majestic Ballroom di Park Land City, di Benoni Papar yang baru saya lancarkan sebentar tadi," katanya ketika ditemui pemberita di majlis itu.
Armizan berkata, Majestic Ballroom di Park Land City, Benoni Papar yang mula beroperasi hari ini, tidak kurang pentingnya kerana ia sudah pasti memberi manfaat kepada penduduk Papar.
"Ia kerana ballroom ini boleh ditempah untuk tempat penganjuran pelbagai majlis antaranya majlis konvokesyen sekolah. Kalau dahulu ada pihak sekolah mengadakan majlis ini di Kota Kinabalu. Sekarang sudah ada kemudahan ini, dan mereka tidak lagi bersusah payah ke Kota Kinabalu," katanya.
Armizan, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup turut menyentuh pembinaan hotel bertaraf lima bintang di Melinsung Papar.
"Ini antara inisiatif yang boleh mengerakkan usaha kita untuk mengujudkan apa yang saya pernah sebut, kita ingin menjadikan daerah Papar satu hab pelancongan baharu di Negeri Sabah.
Katanya, pelancongan tidak tertumpu kepada pengnipan semata-mata tetapi perlu disokong oleh oleh komponen lain termasuk hiburan, makanan dan minuman serta pelancongan desa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, 10 Star Cinema Sdn Bhd, Onn Norshal Hamzah berkata, Papar amat berpotensi untuk perkembangan industri seperti pembikinan filem pewagam serta pengedaran filem.
Pengarah Urusan WSG Group, Datuk Susan Wong Siew Guen berkata, selain pewagam, sekarang penduduk Papar mempunyai dewan banquet ballroom untuk mengadakan pelbagai acara seperti majlis perkahwinan dan sebagainya.
"Dengan adanya kemudahan seperti ini, maka penduduk Papar tidak lagi perlu ke Kota Kinabalu," katanya.
Comentarios