top of page

Parkir Taman Poket ditutup sempena Sugandoi Kaamatan

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read


26 April 2025


KOTA KINABALU: Kawasan tempat letak kereta Taman Poket akan ditutup sementara selama seminggu bermula esok sempena penganjuran Pertandingan Akhir Sugandoi Kaamatan Peringkat Bandaraya.


Dalam satu notis makluman, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata, penutupan itu bermula jam 1 pagi pada 27 April hingga jam 5 petang 3 Mei bagi memberi laluan kepada persiapan dan acara kemuncak pertandingan tersebut.


“Kawasan tempat letak kereta yang terlibat terletak bersebelahan dengan pejabat Jabatan Penguatkuasaan DBKK.



“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi arahan pegawai penguatkuasa dan menggunakan tempat letak kereta alternatif bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan keselamatan,” katanya.


Acara pertandingan akhir berkenaan akan diadakan di Lintasan Deasoka pada 2 Mei, bermula enam petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page