top of page

Paroki Inobong kini dikenali sebagai Paroki Sacred Heart Inobong

Wartawan Nabalu News

2 Okt 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Paroki Holy Trinity Inobong, yang ditubuhkan pada 2014, kini telah menukar nama rasminya kepada Paroki Sacred Heart Inobong, bermula 1 Okt (kelmarin).


Keputusan ini dibuat oleh Majlis Pastoral Paroki pada 21 Ogos, selepas mendapat persetujuan daripada Uskup Agung Datuk John Wong Soo Kau.


Paroki ini terdiri daripada 14 gereja dan chapel dari Kg. Inobong hingga ke Kg. Longkogungan, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada paroki St. Michael, Penampang.


Uskup Agung John Wong berkata, paderi paroki Holy Trinity Inobong pertama, iaitu mendiang Fr. Alex Sipanul, merancang untuk memusatkan paroki ini di Madsiang, namun sehingga beliau meninggal, gereja di Madsiang masih belum ada nama.


“Mengikut kebiasaan, nama sebuah paroki baharu itu selalunya diambil daripada nama gereja utamanya dan pusat parokinya adalah di mana letaknya kediaman paderi paroki dan pejabat paroki.


“Baru-baru ini, saya telah dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat Majlis Pastoral Paroki pada 21 Ogos, majlis tersebut telah mencapai keputusan sepakat untuk menukar nama Paroki Holy Trinity Inobong kepada Paroki Sacred Heart Inobong.


“Hal ini dikemukakan kepada saya dan saya tidak mempunyai sebarang halangan memandangkan selama ini, Gereja Sacred Heart adalah gereja utama di kawasan ini dan rumah serta pejabat paroki juga terletak di sini,” katanya dalam kenyataan Archdiocese of Kota Kinabalu.


Beliau berharap agar umat di kawasan Inobong akan hidup mencontohi hati kudus Yesus, yang sentiasa berbelas kasihan, maha-pengasih dan maha-mengampuni.


“Maka dengan sukacitanya, saya ingin mengumumkan bahawa bermula 1hb Oktober 2023, nama rasmi paroki ini adalah Paroki Sacred Heart Inobong. Berikutan ini, segala pengurusan rasmi, sama ada dalam Gereja atau dengan pihak-pihak kerajaan dan swasta, nama baru ini akan digunapakai.


"Saya berdoa agar Tuhan memberkati usaha-usaha mereka untuk memajukan paroki ini," kata Uskup Agung John Wong.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page