top of page
nabalunews

Pasukan Stallion TKB wakili Kota Belud ke Kejohanan Tarik Tali Tertutup di Kota Marudu



16 Oktober 2024


KOTA BELUD: Penyelia Unit Pemimpin dan Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, hari ini telah menyerahkan sumbangan ikhlas kepada pasukan tarik tali Team Stallion TKB dari Kelawat, Kadamaian, Kota Belud.


Pengurus pasukan, Juslee Simon, yang hadir bagi pihak pasukan untuk menerima sumbangan tersebut, memaklumkan bahawa pasukan Team Stallion TKB merupakan satu-satunya pasukan yang mewakili daerah Kota Belud ke Kejohanan Tarik Tali Tertutup sempena Festival Hari Orang Asal Sabah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Momogun Orang Asal Sabah (OAS).


Juslee menjelaskan bahawa kejohanan ini akan berlangsung selama dua hari, bermula pada 26 hingga 27 Oktober 2024, bertempat di Padang Daerah Kota Marudu.


“Sumbangan ini sangat bermakna bagi pasukan kami, khususnya dalam menambah bajet untuk keperluan perjalanan. Dengan jumlah pasukan seramai 10 orang, kami dijangka bergerak dalam kumpulan 12 orang ke Kota Marudu,” ujar Juslee.


Joel, semasa menyerahkan sumbangan tersebut, turut menyampaikan salam daripada Ewon kepada pasukan dan mendoakan kejayaan dalam kejohanan itu.


Juslee turut merakamkan penghargaan dan terima kasih atas sumbangan, sokongan, serta komitmen Ewon terhadap pembangunan sukan, terutamanya di kawasan Kadamaian.

Comments


bottom of page