top of page

Pasukan verifikasi e-kasih Kota Belud turun padang

Wartawan Nabalu News

18 Oktober 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Pasukan verifikasi e-kasih Kota Belud mengadakan lawatan ke kawasan DUN Kadamaian baru-baru ini bagi memastikan penduduk kampung yang layak tersenarai dalam e-kasih.


Pasukan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Daerah Bahagian Pentadbiran Winnie Anggon diiringi oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis.


Tujuan lawatan ini adalah untuk melakukan verifikasi akhir pemohon-permohonan e-kasih di daerah Kota Belud sebelum memberi kelulusan.

Winnie berkata lawatan ini penting untuk memastikan maklumat yang diberikan oleh pemohon adalah tepat dan sahih.


E-kasih adalah sistem pangkalan data yang mengandungi maklumat tentang isi rumah miskin dan miskin tegar di seluruh Malaysia. Sistem ini bertujuan memudahkan kerajaan merancang dan melaksanakan program bantuan dan pembangunan kepada golongan sasar.


Lawatan ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan meningkatkan kualiti hidup rakyat kurang bernasib baik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page