top of page

PBB KECAM PEMBUNUHAN TERHADAP PENUNJUK PERASAAN DI NIGERIA

nabalunews

22 OKTOBER 2020


ANKARA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengecam sekeras-kerasnya  penggunaan kuasa "berlebihan dan tidak seimbang" tentera Nigeria ke atas kumpulan yang memprotes kekejaman polis di bandar komersial Lagos, lapor Agensi Anadolu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Michelle Bachelet, Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk hak asasi manusia, mendesak "pihak berkuasa Nigeria mengambil tindakan segera menangani masalah pelanggaran kuasa dilakukan pasukan keselamatan dan berusaha bersungguh membawa anggota polis serta tentera yang bersalah melakukan kekejaman terhadap orang awam ke muka pengadilan. "

Pada Selasa malam, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan "beratus-ratus cedera parah" semasa berhadapan dengan beberapa individu bersenjata di Lagos dekat Lakki Gate, lokasi berlakunya tunjuk perasaan, menurut Amnesty International.


Kejadian itu berlaku selepas demonstrasi ganas terhadap kekejaman polis di selatan Edo State yang menyaksikan kerosakan harta benda termasuk kenderaan dan rumah, di utara Kano pada Selasa.

"Walaupun jumlah kematian di plaza tol Lekki di Lagos masih belum dipastikan, terdapat keraguan ini adalah ke salah guna kuasa yang melampau mengakibatkan pembunuhan haram menggunakan peluru hidup, oleh tentera Nigeria,” kata Bachelet.

"Nigeria sudah berada di puncak krisis sebelum kejadian tembakan berikutan pendedahan mengenai keganasan selama bertahun-tahun, termasuk dakwaan pembunuhan, pemerkosaan, pemerasan dan pelanggaran lain, oleh Pasukan Khas Anti Rompakan (SARS)," tambahnya.


Komuniti Ekonomi Negara-negara Afrika Barat (ECOWAS), sebuah blok wilayah yang berpengaruh, turut mendesak pasukan keselamatan Nigeria agar bertindak lebih profesional dalam menangani keadaan dan mengawal penunjuk perasaan.

Beberapa penunjuk perasaan pada Rabu pagi membakar ibu pejabat penyiaran terkemuka televisyen Continental. Wartawan di lokasi berkata mereka menangguhkan siaran berita apabila perusuh menyerbu stesen berkenaan. 

Bantahan terhadap kekejaman polis, yang bermula hampir dua minggu lalu, terus mendapat sokongan di kebanyakan bandar di negara ini, memaksa pemerintah mengumumkan perintah berkurung 24 jam di beberapa negeri pada Rabu.


Dalam satu kenyataan Ketua Setiausaha PBB Antonio Guterres mengecam peningkatan keganasan di Lagos.

"Saya menyeru agar demonstrasi ditamatkan dan kekejaman serta penganiayaan yang dilakukan polis dihentikan. Pihak berkuasa mesti menyiasat kejadian ini dan memastikan dalangya dipertanggungjawabkan, ” ciap Guterres. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page