top of page

PBT diingat lebih peka dan proaktif selenggara prasarana

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read


 Justin ketika meninjau kerosakan prasarana di Pasar Tanjung Tawau sebelum mula dibaiki pihak PBT baru-baru ini.
 Justin ketika meninjau kerosakan prasarana di Pasar Tanjung Tawau sebelum mula dibaiki pihak PBT baru-baru ini.

23 April 2025


TAWAU: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diingatkan agar lebih peka dan proaktif dalam menyelenggara prasarana di daerah ini tanpa perlu menunggu ahli politik membangkitkan isu.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjong, Justin Wong Yung Bin berkata, tindakan segera seharusnya diambil sebaik sahaja menyedari timbul masalah.


Katanya, kelewatan menyelesaikan isu-isu prasarana seperti di Pasar Tanjung Tawau, menunjukkan kurangnya kepekaan PBT terhadap keperluan rakyat.



“Contohnya, di gerai makanan, bukan sahaja kipas rosak perlu segera dibaiki, bahkan masalah kebocoran juga harus segera ditangani. Jika ada lagi isu lain, sepatutnya perlu diselesaikan serentak tanpa bertangguh,”katanya dalam kenyataan media hari ini.


Justin berkata, sejak Ogos tahun lalu, beliau sudah beberapa kali mengemukakan isu pasar tersebut kepada Majlis Perbandaran Tawau (MPT), dan pihak majlis memberi jaminan bahawa tindakan akan diambil.


Namun, selepas setengah tahun berlalu, masalah berkenaan masih belum diselesaikan dan terus memberi kesan serius kepada rakyat.


“Masalah di Pasar Tanjung Tawau ini sudah berlarutan selama beberapa bulan. Saya juga berulang kali membuat aduan, malah perkara ini turut mendapat teguran daripada bekas Timbalan Presiden MPT,”katanya.


Justeru, beliau berharap dengan bermulanya kerja-kerja penggantian kipas di pasar tersebut baru-baru ini, PBT akan lebih proaktif melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan prasarana di daerah ini.



Tamat



Gambar: Pasar


1.


2. Pihak MPT sedang melakukan kerja-kerja penggantian kipas dan pembaikan meja di Pasir Tanjung, baru-baru ini.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page