top of page

PDM Kiau Kota Belud Siap Siaga Hadapi PRN17

nabalunews

15 Mac 2025


KOTA BELUD: Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kiau, yang mewakili bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), telah mengadakan mesyuarat strategik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17). Mesyuarat yang berlangsung di Sarayo-Rayo Cafe Kiau Taburi itu dipengerusikan oleh Ketua PDM Kiau, Dolois Sumbin, dengan kehadiran ketua-ketua cawangan Kiau Taburi, Kiau Nuluh, dan Kiau Bersatu.


Dalam mesyuarat itu, Dolois menjelaskan bahawa antara agenda utama yang dibincangkan adalah pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Jentera bagi memastikan persiapan awal PRN17 dapat dijalankan dengan lebih teratur.


Inisiatif ini selaras dengan saranan Presiden UPKO Nasional, Datuk Ewon Benedick, yang menekankan kepentingan persediaan rapi bagi menghadapi cabaran politik mendatang.


Selain itu, mesyuarat turut membincangkan strategi kempen dan pendekatan terbaik untuk menarik sokongan pengundi di PDM Kiau.


Salah satu perkara penting yang dibincangkan adalah penentuan lokasi markas bagi mengkoordinasikan gerak kerja jentera PRN.


Dolois menegaskan bahawa keputusan mesyuarat sebulat suara untuk mengikuti strategi kempen yang akan ditetapkan oleh pihak Bahagian UPKO nanti.


Dalam usaha memperkukuh jentera PDM Kiau, mesyuarat turut menekankan kepentingan kerjasama dan sokongan daripada golongan profesional serta tokoh berpengaruh tempatan.


Antara individu yang memberikan sokongan penuh adalah Datuk Ginun Yangus, Dr Rainal Lasumin, dan beberapa lagi pemimpin masyarakat yang berpengalaman dalam landskap politik Sabah.


Datuk Ginun menasihatkan agar semua ahli jentera peka terhadap isu-isu yang berpotensi dimanipulasi oleh pihak lawan semasa kempen nanti. Beliau turut mengingatkan agar setiap ahli jentera kekal berdisiplin dan sentiasa mendekati pengundi dengan pendekatan yang harmoni dan profesional.


Jentera PDM Kiau PRN17 berharap agar semua pengundi di kawasan ini mengekalkan sokongan padu kepada UPKO dan calon parti, Datuk Ewon Benedick.


Dengan persiapan yang rapi dan strategi kempen yang berkesan, PDM Kiau optimis untuk meningkatkan majoriti kemenangan bagi memastikan kesinambungan kepimpinan yang berpihak kepada rakyat.


Antara individu yang turut hadir dalam mesyuarat ini termasuk Sikong Dalansu, Kosimin Gindai, Liam Sumbin, Stephan Sindeh, Cikgu Hidian Daransun, Sapinus Tubuh, Delilah Sindeh, Kasiah Teliban, dan Rusinah Sakumbang.


Keputusan mesyuarat ini menunjukkan kesepaduan dalam kalangan ahli UPKO di PDM Kiau untuk menghadapi PRN17 dengan semangat juang yang tinggi.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page