top of page
  • nabalunews

Pecah rekod dunia Paralimpik, Bonnie terima ganjaran RM500,000




23 September 2024


KUCHING: Pemenang dua pingat emas Paralimpik dan pemegang rekod dunia powerlifting kategori 72 kilogram dengan angkatan 232 kilogram, Bonnie Bunyau Gustin layak dijadikan model yang harus dicontohi untuk menjadi atlet yang berjaya.


Berikutan kejayaan yang dicapai atlet kelahiran Kampung Baru Mawang, Serian itu, kerajaan Sarawak menyediakan insentif sebanyak RM500,000 kepadanya hasil kejayaan meraih pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024.


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg berkata, beliau percaya ganjaran lumayan yang diterima atlet itu akan menjadi dorongan kepada atlet muda Para Sukma untuk berlatih dengan lebih gigih lagi untuk mencapai kejayaan pada masa depan.


"Bonnie Bunyau adalah atlet para yang harus kita ambil sebagai contoh dan saya mengucapkan tahniah kepada beliau kerana berjaya memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia.


"Pencapaian itu bukan sahaja mengharumkan negara Malaysia tetapi juga Sarawak dalam sukan antarabangsa," katanya.


Beliau berkata, demikian dalam ucapan pada upacara perasmian Para Sukma Sarawak di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, malam semalam.


Abang Johari berkata, apabila berbicara mengenai atlet para, pasti ramai yang terbayang kepayahan mereka dalam mempersiapkan diri untuk mengharumkan nama negeri atau wilayah yang diwakili.


"Namun saya percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan dan kekuatan terbesar seorang atlet para adalah terletak pada semangat dan motivasinya untuk berjaya," katanya.

Comments


bottom of page