top of page

Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) ditahan SPRM

  • nabalunews
  • 7 hours ago
  • 1 min read


25 April 2025


SANDAKAN: Seorang Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) di pejabat sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, ditahan reman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas disyaki menerima rasuah bernilai RM40,000.


Wang suapan berkenaan dipercayai diterima daripada beberapa individu dan kontraktor melibatkan projek pembinaan Rumah Mesra, Sabah Maju Jaya.


Menurut sumber, suspek berusia 50-an itu dipercayai menerima wang rasuah itu sejak 2022 sehingga 2025.



Katanya, ia sebagai dorongan untuk memberikan projek pembinaan rumah SMJ kepada beberapa individu dan kontraktor.


“Susulan itu, suspek ditahan kira-kira jam 2 petang Khamis lalu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Cawangan Sandakan.


Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek.


Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


“Hakim Mahkamah Sesyen Sandakan, Mohd Zaini Fishir @ Fisal membenarkan perintah reman selama tujuh hari sehingga 1 Mei depan,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page