Pegawai polis terbabit jenayah komersial, Ketua Polis Negara kecewa, terkilan
Pegawai polis terbabit jenayah komersial, Ketua Polis Negara kecewa, terkilanPegawai polis terbabit jenayah komersial, Ketua Polis Negara kecewa, terkilan
15 November 2024
KUALA LUMPUR: Seramai 23 pegawai polis terbabit sebagai suspek dalam kes jenayah komersil di negara ini sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Katanya, ini berbeza dengan sepanjang tahun lalu apabila hanya 22 disyaki terbabit, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap tahap integriti dan pematuhan standard warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Acap kali saya menekankan tentang perlunya satu perubahan drastik dilakukan terhadap budaya kerja dan tahap integriti di dalam diri setiap warga PDRM, agar pasukan kekal relevan dan dihormati oleh masyarakat.
"Namun, walaupun berulang kali sudah diberikan ingatan dan amaran, tahap integriti serta pematuhan standard, warga pasukan masih berada di tahap membimbangkan," katanya pada ucapan Amanat Ketua Polis Negara (KPN) sempena perhimpunan bulanan KPN anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), di sini, hari ini, lapor Berita Harian.
Razarudin berkata kewibawaan dan imej PDRM tercalar dengan penangkapan yang dilakukan terhadap segelintir warga pasukan itu atas pelbagai kesalahan jenayah, dadah, rasuah serta salah guna kuasa.
"Saya amat kecewa dan terkilan apabila amanah di sebalik seragam biru yang kita banggakan ini, sudah disalah guna oleh mereka yang rasanya tidak keterlaluan, jika saya ibaratkan sebagai manusia yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri.
"Integriti adalah teras dalam pembentukan dan pemantapan jati diri kita.
"Justeru, sempena dengan Pelancaran Sambutan Bulan Integriti Nasional 2024 bertemakan 'Teguh Integriti, Kukuh Pertiwi', PDRM menyambut baik segala usaha murni kerajaan dalam memperkasakan pembudayaan integriti," katanya.
Comentários