top of page
nabalunews

Pejabat ADUN Kadamaian dan UPPM sampaikan sumbangan program gotong-royong serta keperluan gereja di Kadamaian

3 September 2024


KOTA BELUD: Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian dan Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian hari ini mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick untuk menyampaikan sumbangan program gotong-royong serta untuk keperluan gereja di Kadamaian.


Sumbangan wang tunai disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kebayau Lama, Datine Telimo.


Sumbangan ini bertujuan untuk membantu melancarkan aktiviti gotong-royong yang dianjurkan di Kampung Kebayau Lama.


Sumbangan disampaikan oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Kadamaian, Juin Kolod dan Pemaju Masyarakat Joel Doukin.


Selain itu, satu lagi sumbangan wang tunai turut disampaikan kepada Gereja SIB Bahab.


Sumbangan diterima oleh Pengerusi JKKK Kampung Bahab, Taisin Dorisi.


Ini adalah sebagai tanda sokongan kepada aktiviti keagamaan dan komuniti di kawasan tersebut.


Sokongan bagi program gotong-royong dan gereja ini mencerminkan komitmen Ewon dalam mendukung pembangunan masyarakat di kawasan Kadamaian.


Melalui usaha seperti ini, Ewon berharap dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama di kalangan penduduk kampung serta meningkatkan kesejahteraan komuniti setempat.

留言


bottom of page